Android HackNations
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

BAB1 [TuTorial][MTK Device] SPFlash Tool Guide

2 posters

Go down

BAB1 [TuTorial][MTK Device] SPFlash Tool Guide Empty BAB1 [TuTorial][MTK Device] SPFlash Tool Guide

Post by Shaf82 Sun Oct 04, 2015 6:02 pm

Code:
#include <std_disclaimer.h>
/*
 * Ambil perhatian!!!!!
 *
 * Warranty Devices ANDA dengan sendirinya BOLEH terbatal.
 *
 * Saya tidak akan bertanggungjawap jika terjadi apa-apa pada Devices Anda seperti bricked,
 * kerosakkan SD cards, kehilangan data penting, atau pun putus cinta.
 * Tolong buat research dan fahami betul apa yang tertulis dalam Topic ini sebelum melakukan apa-apa.
 * Dengan melakukan pekara dibawah, maka anda mengakui bahawa apa-apa yang terjadi adalar tanggungjawap anda sendiri.
 *
 * Scroll kebawah menunjukkan anda setuju dengan AGREEMENT di atas.
 */




Assalamualaikum, ini hari saya buat guide bahasa Melayu macam mana mahu guna SPFlash Tool.

Pertama sekali, benda yang kita perlukan:

  • [You must be registered and logged in to see this link.]
  • ROM file HP yang boleh diflash oleh SPFlash ([You must be registered and logged in to see this link.])
  • Micro usb cable
  • Laptop/Pc Destop
  • Internet Connection (Bagi memudahkan kerja)





1. Sebelum itu, kita kenal dulu apa yg ada dalam ROM fail seperti dalam gambar ini.
[You must be registered and logged in to see this image.]
Saya hanya explain File yang penting sahaja.

  1. Boot.img: Menyimpan "KERNAL" dan "RAMDISK", file yang penting perlukan untuk Load Devices(Bootup/Hidupankan HP)

  2. EBR1/EBR2: Partition storage dalam HP. Kalau ada EBR1, EBR2 maksudnya ada dua partition dalam HP

  3. MBR: Master-Boot-Record, sector pertama(size : 512 bytes) di mana-mana Partition yang berfungsi menyatakan size Partition.

  4. lk.bin: Dikenali juga sebagai UBOOT, menyimpan Low level Driver(LCD driver, charging driver etc) untuk HP. File ini TERSANGAT-SANGAT penting sebab kalau flash dengan lk.bin yang tidak sesuai dengan HP boleh menyebabkan Screen HP "Glitch" atau Screen bertaris-taris/bergegar.

  5. logo.bin: Kalau kita hidupkan HP gambar pertama sekali itulah yang ada dalam logo.bin. Atau pun gambar Charge waktu HP off. Kita boleh ubah gambarnya klu kita mahu.

  6. MT****_Android_scatter.txt: Scatter adalah file digunakan untuk menggambarkan dimana IMG file tersimpan dalam HP. Erti kata lain ia bagi tahu SPFlash tool mana mahu di flashkan bagi setiap image file.

  7. preloader_blabla_blala.bin: File penting. Preloader berkomunikasi dengan PC (Membantu PC detect HP). Digunakan semasa memFlash HP. Salah Flash preloader boleh menyebabkan HP brick.

  8. Recovery.bin: Ia mesti " disesuaikan" untuk setiap HP. Anda tidak boleh Flash imej Recovery dari HP yang berbeza, tetapi anda boleh membuat Recovery CWM anda sendiri dengan menggunakan MTK Tool Droid.

  9. secro.img: Menyimpan data IMEI.

  10. system.bin: Menyimpan OS Android HP.



2. Cara flash ROM File

Ini guide video(ENG sebab bukan saya yang buat) bagi memudahkan lagi kamu faham stepnya.


Buka SP Flash Tool, pastue tekan "Scatter-loading" untuk load kan file "MT****_Android_scatter.txt"

UNCHECK PRELOADER! Preloader yang salah boleh menyebabkan HP BRICK
[You must be registered and logged in to see this image.]

Pilih Mode "Download Only" pastue tekan "Download"

Sambung HP ke Laptop/Pc Desktop melalui Micro USB (Pastikan HP telah TURNOFF).

Prosess Flash akan bermula apa bila "Progress Bar" keluar.

Peringantan semasa flash HP:

  • Jangan sesekali "cancel" prosess Flash ketika SpFlash tool sedang Memflash HP.
  • Jangan gerak-gerakkan HP nanti sambung USB boleh terputus.
  • Jangan sambungkan HP ke USB port 3.0, sesetengah HP akan ada masalah untuk Hidup walaupun flash selesai tanpa sebarang ERROR.
  • Kalau tempat anda selalu Blackout, pasang bettery lapttop supaya kalau bekalan electric terputus. Prosess Flash anda tidak terganggu.


Apabila prosess Flash selesai satu Pop UP dengan bulatan hijau akan keluar.
[You must be registered and logged in to see this image.]

Kalau HP Bootloop, sila masuk recovery dan erase/wipe "userdata" dan "Cache".


Sebelum Flash HP sila buat BACKUP/Readback ROM HP anda.

Dan pastikan ROM yang di download adalar sesuai dengan HP Anda.


Tutorial buat backup/Readback dan Custom recovery untuk MTK HP
[You must be registered and logged in to see this link.]


Last edited by Shaf82 on Thu Feb 04, 2016 11:13 pm; edited 2 times in total
Shaf82
Shaf82
Admin
Admin

Posts : 4
Join date : 2015-07-11
Location : Beluran, SABAH

Back to top Go down

BAB1 [TuTorial][MTK Device] SPFlash Tool Guide Empty Re: BAB1 [TuTorial][MTK Device] SPFlash Tool Guide

Post by Moose Mon Oct 05, 2015 11:00 pm

nice TUT.. hahaha nib jga aku nie.. gud job.. isi2 jgan x isi.. im back bebeh
Moose
Moose
Admin
Admin

Posts : 23
Join date : 2015-07-11
Location : infront you!

https://androidnations.forumotion.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum